Search This Blog

Tuesday 13 December 2011

Sebab Anda Membayar Jurugambar Anda :)

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda? Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan: 1) Kos Peralatan Kamera Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka. 2) Kemahiran Jurugambar Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya. 3) Masa Perkhidmatan Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan. 4) Perkhidmatan Selepas Rakaman Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan. 5) Kos material Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

                                            

Friday 15 July 2011

Kaku

kau masih berdiri kaku ,
harapan mati ,
panas terik dihati ,
melihat kau begini , 
hanya menuding jari .

aku terus berjalan ,
namun tetap menunggu ,
zaman yang buta warna ,
terima tanpa beza ,
senyum tanpa curiga :)

lelapkan lah mataku ,
hilangkan ragu ,
tiupkan lah nyawaku ,
jangan kau
tidur tiada mimpi ,
hanya seperti
bercinta tanpa janji .

mengapa kau bersahaja ?
kemana perginya ,
akal yang istimewa ,
pendirian dipuja ,
semua tersedia .

kaku ; Thanks to Liyana Fizi , for this song ;p



Tuesday 12 July 2011

Dear Boo ♥

dear boo ,
with love .

I miss us so bad like nothing else in the world ,
I miss the silliness , 
I've looked for you out there in another ,
but I failed horribly ;  I became my own stranger .

I wont say " I MISS YOU " right to your face ,
I wont even share this piercing longing I embraced ,
knowing you're fine is all i need to make sure ,
but how I wish you are fine with me behind ya .

I wont say  I-LOVE-YOU's , but ah ,  so are you ,
I suck real bad , so I'll just leave you to ,
just think of me once in any given nights ,
hopefully the darkness will turn itself bright .

you are in good hands , now ,  in fact ,  so secure ,
for that , rest assured ,
take care of yourself my lovely piece of my soul ,
know that I'm never complete without you ;


 for I suck at saying goodbyes.

Monday 11 July 2011

Hari Terakhir Syafique di Sri Iskandar ;(

: sedihnya , sekejap je dah 2 bulan ;( Syafique tetap akan balik ke Behrang (Tanjung Malim) untuk sambung belajar kat sana bagi sem yang ketiga . semalam aku dan mak dia yang hantar dia sampai kesana , sepanjang perjalanan sebenarnya hati aku berat sangat nak lepaskan dia pergi . sedihnya hati aku sorang jela tahu , at first , singgah RNR Tapah apa lagi makan la . hahaha ! lepas makan , Syafique belikan something yang memang aku SUKA ! dia belikan Rocky :D awww , lama tak makan . dalam kereta , gelak gelak sambil dia suapkan keropok dan chipsmore dan akhirnya sedar tak sedar 2 jam berlalu . kami sampai di rumah sewa kawan dia , dia kata dia tumpang duduk kat situ sementara ni . so , lepas kawan dia pun ada kat situ aku dan mak dia pun gerak balik rumah . dalam kul 1200 pagi baru sampai rumah , aku harap dia pandai jaga diri kat sana . I'M GONNA MISS YOU BOO <3


Rocky yang Boo belikan , awww <3

Friday 8 July 2011

Nobody's Perfect

: semua orang pernah buat silap , semua orang tak sempurna secukupnya dan ianya sama lah seperti aku . aku ni sesangat lah sensitif , tak boleh orang tegur sikit ke aku sakit hati atau marah ke mesti air mata aku secara semulajadinya akan turun dengan deras . dan kadangkala , aku akan berasa cepat nak marah seseorang tu kalau dia buat aku bengang . okay , macam tadi aku terbaca sesuatu yang dimana telah membuat aku menangis terus tanpa henti . aku cuba paksa diri untuk berhenti , tapi tak boleh . at last , aku fikir panjang panjang buat apa aku nak habiskan air mata aku ni ? sebab aku penah dengar ada orang yang dah habis air mata dia sebab selalu menangis je , oh tidak kalau la ianya berlaku pada aku macam mana ? ;( hishh susah la aku ni tak tahu nak kawal perasaan aku ni macam mana , that's why kalau boleh aku nak orang sekeliling aku buat aku senyum sentiasa . aku pun kadang kadang benci dengan diri aku ni , aku tak minta pun nak jadi macam ni . tapi apa nak buat kan ? sabar jela , so anyone enjoy your life :) jangan sedih sedih dan jangan sia siakan kehidupan anda .



Tuesday 5 July 2011

Photoshoot - Kellie's Castle

: Hari ahad (3 Julai) hari tu aku , Syafique , Angah , Azhar , Kak Syilla , Iwan , Natasha , Jan dan Wan pergi photoshoot kat Kellie's Castle . hahaha tiba tiba pagi tu Angah ajak aku sekali , aku pun dengan perasaan teruja kata nak ikut ! heee , serius mula mula aku pun tak berapa nak paham sebenarnya apa tujuan untuk ke sana . so , aku set kan dalam otak sekadar photoshoot sahaja :) tanpa diduga , rupa rupanya Angah dan Azhar dah plan nak buat something yang menarik dan tak tercapai oleh akal . hahaha apa yang aku merepek ni ? bedal , hmm dorang nak buat cerita yang berdasarkan gambar . maksud aku , snap gambar then susun gambar tu berdasarkan episod . ianya cerita mengenai seorang perempuan yang ditinggalkan oleh bf dia , but if cerita sebenarnya pun memang Natasha tu ditinggalkan oleh bf lama dia iaitu Ezuwan . yang menarik hati aku apabila takde pelakon lelaki dan Syafique kena melakonkan watak tersebut ! waaaa , dalam hati kata sabar jela . bukan benda betul pun plus nanti Angah kata aku tak boleh bertoleransi , hal macam tu pun tak boleh back up so aku pun kata okay dan boleh je . tapi dalam hati aku banyak kali ulang perkataan yang sama ''janganlah jatuh hati betul betul'' haha seram cho ! lagi lagi bab bagi bunga tu , haihhh jeles . heee dah la aku ada dia je sekarang ni , okay aku pun malas nak cakap banyak . so , ni gambar gambar photoshoot kami kat sana :)
ME
BOO
ANGAH
AZHAR
NATASHA
JAN & WAN