Search This Blog

Friday 15 July 2011

Kaku

kau masih berdiri kaku ,
harapan mati ,
panas terik dihati ,
melihat kau begini , 
hanya menuding jari .

aku terus berjalan ,
namun tetap menunggu ,
zaman yang buta warna ,
terima tanpa beza ,
senyum tanpa curiga :)

lelapkan lah mataku ,
hilangkan ragu ,
tiupkan lah nyawaku ,
jangan kau
tidur tiada mimpi ,
hanya seperti
bercinta tanpa janji .

mengapa kau bersahaja ?
kemana perginya ,
akal yang istimewa ,
pendirian dipuja ,
semua tersedia .

kaku ; Thanks to Liyana Fizi , for this song ;p



Tuesday 12 July 2011

Dear Boo ♥

dear boo ,
with love .

I miss us so bad like nothing else in the world ,
I miss the silliness , 
I've looked for you out there in another ,
but I failed horribly ;  I became my own stranger .

I wont say " I MISS YOU " right to your face ,
I wont even share this piercing longing I embraced ,
knowing you're fine is all i need to make sure ,
but how I wish you are fine with me behind ya .

I wont say  I-LOVE-YOU's , but ah ,  so are you ,
I suck real bad , so I'll just leave you to ,
just think of me once in any given nights ,
hopefully the darkness will turn itself bright .

you are in good hands , now ,  in fact ,  so secure ,
for that , rest assured ,
take care of yourself my lovely piece of my soul ,
know that I'm never complete without you ;


 for I suck at saying goodbyes.

Monday 11 July 2011

Hari Terakhir Syafique di Sri Iskandar ;(

: sedihnya , sekejap je dah 2 bulan ;( Syafique tetap akan balik ke Behrang (Tanjung Malim) untuk sambung belajar kat sana bagi sem yang ketiga . semalam aku dan mak dia yang hantar dia sampai kesana , sepanjang perjalanan sebenarnya hati aku berat sangat nak lepaskan dia pergi . sedihnya hati aku sorang jela tahu , at first , singgah RNR Tapah apa lagi makan la . hahaha ! lepas makan , Syafique belikan something yang memang aku SUKA ! dia belikan Rocky :D awww , lama tak makan . dalam kereta , gelak gelak sambil dia suapkan keropok dan chipsmore dan akhirnya sedar tak sedar 2 jam berlalu . kami sampai di rumah sewa kawan dia , dia kata dia tumpang duduk kat situ sementara ni . so , lepas kawan dia pun ada kat situ aku dan mak dia pun gerak balik rumah . dalam kul 1200 pagi baru sampai rumah , aku harap dia pandai jaga diri kat sana . I'M GONNA MISS YOU BOO <3


Rocky yang Boo belikan , awww <3

Friday 8 July 2011

Nobody's Perfect

: semua orang pernah buat silap , semua orang tak sempurna secukupnya dan ianya sama lah seperti aku . aku ni sesangat lah sensitif , tak boleh orang tegur sikit ke aku sakit hati atau marah ke mesti air mata aku secara semulajadinya akan turun dengan deras . dan kadangkala , aku akan berasa cepat nak marah seseorang tu kalau dia buat aku bengang . okay , macam tadi aku terbaca sesuatu yang dimana telah membuat aku menangis terus tanpa henti . aku cuba paksa diri untuk berhenti , tapi tak boleh . at last , aku fikir panjang panjang buat apa aku nak habiskan air mata aku ni ? sebab aku penah dengar ada orang yang dah habis air mata dia sebab selalu menangis je , oh tidak kalau la ianya berlaku pada aku macam mana ? ;( hishh susah la aku ni tak tahu nak kawal perasaan aku ni macam mana , that's why kalau boleh aku nak orang sekeliling aku buat aku senyum sentiasa . aku pun kadang kadang benci dengan diri aku ni , aku tak minta pun nak jadi macam ni . tapi apa nak buat kan ? sabar jela , so anyone enjoy your life :) jangan sedih sedih dan jangan sia siakan kehidupan anda .



Tuesday 5 July 2011

Photoshoot - Kellie's Castle

: Hari ahad (3 Julai) hari tu aku , Syafique , Angah , Azhar , Kak Syilla , Iwan , Natasha , Jan dan Wan pergi photoshoot kat Kellie's Castle . hahaha tiba tiba pagi tu Angah ajak aku sekali , aku pun dengan perasaan teruja kata nak ikut ! heee , serius mula mula aku pun tak berapa nak paham sebenarnya apa tujuan untuk ke sana . so , aku set kan dalam otak sekadar photoshoot sahaja :) tanpa diduga , rupa rupanya Angah dan Azhar dah plan nak buat something yang menarik dan tak tercapai oleh akal . hahaha apa yang aku merepek ni ? bedal , hmm dorang nak buat cerita yang berdasarkan gambar . maksud aku , snap gambar then susun gambar tu berdasarkan episod . ianya cerita mengenai seorang perempuan yang ditinggalkan oleh bf dia , but if cerita sebenarnya pun memang Natasha tu ditinggalkan oleh bf lama dia iaitu Ezuwan . yang menarik hati aku apabila takde pelakon lelaki dan Syafique kena melakonkan watak tersebut ! waaaa , dalam hati kata sabar jela . bukan benda betul pun plus nanti Angah kata aku tak boleh bertoleransi , hal macam tu pun tak boleh back up so aku pun kata okay dan boleh je . tapi dalam hati aku banyak kali ulang perkataan yang sama ''janganlah jatuh hati betul betul'' haha seram cho ! lagi lagi bab bagi bunga tu , haihhh jeles . heee dah la aku ada dia je sekarang ni , okay aku pun malas nak cakap banyak . so , ni gambar gambar photoshoot kami kat sana :)
ME
BOO
ANGAH
AZHAR
NATASHA
JAN & WAN






   

Saturday 2 July 2011

Hang out Ipoh

: hari ni , lain rancang lain jadi . haihh , tapi apa apa pun hang out harus diteruskan :) hahaha . okay , cadang nak naik motor , tapi aku bagitahu Syafique yang aku tiba tiba tak sedap hati so kitaorang decide naik bas awam jela . haha patut la aku tak sedap hati , rupa rupanya ada roadblock . tapi tu tak penting pun ? haha . and then , aku rasa serba salah kat Lala dan Iyza sebab tak dapat gerak sekali . so , aku dengan Syafique pun terus ke Ipoh Parade . tujuan utama aku kesana adalah semata mata nak pergi ekspo dslr je , hahaha bak kata Syafique ''dah lama mengidam tetiba tak jadi ?'' sebab aku beriya ajak dia hari tu . okay , sampai parade aku pun usha la dslr semua dan amik flyer banyak banyak . hahaha , then pusing pusing dalam mall tu then aku blah . serius aku tak boleh lepak parade lama lama kot sebab aku mesti rasa rimas lepak sana , hahaha maklum la bengang dengan Pak Guard satu hal . hmm then , tunggu bas untuk ke Jusco sebab Iyza call ajak lepak sana . lama gila tunggu , Syafique pun ulang perkataaan yang sama ''haus haus haus'' . kesian dia . I'm sorry ;) then at last , kitaorang decide naik teksi . ''CEPAT TAPI MAHAL  ?'' hahaha :D sampai Jusco niat dalam hati aku nak makan ! aku kalau sampai Jusco je , mesti cari Sizzling Chicken Mee . hahaha Syafique pun dah tahu , okay habis makan pergi jumpa adik angkat Lala yang bernama Fazz Ariz . aku dah lama kenal budak ni , melalui Myspace  dan tak disangka sangka dia kenal Syafique . hahaha ini lawak ;p Syafique kata dia budak shuffle , dan member dia yang lain aku tak kenal =.=' lepas lepak cadang nak karok jap tapi full apakan daya , so just lepak kat bumbung terjumpa kawan Syafique iaitu Dudin dan bergambar selepas itu . kemudian , aku teringat lagi satu perkara yang aku dan Syafique nak beli cincin untuk anniversary kitaorang untuk tahun kedua ni :) seronok ! tapi sekarang cincin tu Syafique yang pegang , 24 Julai ni baru dapat , then tak tahu nak buat apa kitaorang ke bumbung balik dan lepas terpandang Tokotukuya , baru aku teringat yang Iyza nak kesana so aku pun kata ''jom la jap kesana'' . dalam 10 minit kitaorang pergi Jusco balik , Lala nak jumpa adik dia then aku dengan Syafique pun nak beli buku . kul 530 , kitaorang cari teksi dan ke Greentown Mall . Iyza nak ke celcom centre , dalam kul 545 kitaorang naik teksi lagi pergi ke Medan Kidd . sampai sana , bas pun ada . aku pun balik la ke Sri Iskandar , sampai rumah pukul 640 macam tu tak silap aku . hahaha thanks to boo <3 , Iyza , Lala dan Fazz Ariz untuk hari ni . enjoy sangat , kamu semua best sangat ! ;p *haaa , baru teringat lagi satu perkara aku tak jumpa pun dengan orang borak gempak tu tadi , biasalah bajet gempak sangat tapi apa pun takde*
My Boo <3
Lala & Fazz Ariz

Iyza & Lala   

Chamz Diez/Sham Ikhmal



Friday 1 July 2011

Oh , Baru Ku Tahu :)

: hari ni bersamaan 1 Julai 2011 , dalam kul 10 pagi aku , syafique dan mak dia gerak ke Tanjung Malim . cehh , jauh kot . patut la selama ni dia susah nak balik Sri Iskandar , baru la aku tahu betapa susah payahnya dia balik sini . sebab kadang kadang aku selalu minta dia balik sini , dia turutkan juga kehendak aku . if dia dapat tukar PUO , alhamdulillah la sangat sangat . dekat dengan aku , dan family dia . nak balik pun senang , heee . syafique , sorry sebab I selalu minta you balik . mana I tahu jauh nak mampus , tempat tu pun I tak pernah pergi . tadi baru tahu betapa jauhnya perjalanan dari Tanjung Malim ke Sri Iskandar , I'm sorry I love you boo <3